Actually banyak yg sa ingin conteng2 kat wall ni but… ntah la, malas ar… p tempat yg menarik konon mau kongsi kat cini tapi… Malas mau conteng2… hehe… Next month la klu rajin… p gejala sosial balik baru update ni blog… emmmm, harap2 rajin tangan ni nanti… papun, Hv a niceeee dayyy all…. Coretan Friends ni pun sa copy ciket2 dari my lil sis, hope u all enjoy, sambil baca sambil dengar mujik… weeeeeeeeeeee

♥ LaWak SoPaN

NAK CITE PUN MALAS!!!

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”


KAHWIN DENGAN LELAKI???

Unknown Status
SAM ialah saksi kepada satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Sam dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin
Sam : Sekali sahaja.,
Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,
Sam : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari c Sam, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan!!! Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?

Sam : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

 MUNTAH DENGAN 
 LEBIH CEPAT

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Nenek pening ke?" tanya pemuda tersebut.

"Ya Nak, rasa KEPALA ni PENING, perut MUAL, rasa macam nak MUNTAH," jawab nenek tersebut.

Nak,..boleh nenek lihat muka kamu sebentar? Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

"SUPAYA NENEK BOLEH MUNTAH DENGAN LEBIH CEPAT.”

No comments:

Post a Comment