Actually banyak yg sa ingin conteng2 kat wall ni but… ntah la, malas ar… p tempat yg menarik konon mau kongsi kat cini tapi… Malas mau conteng2… hehe… Next month la klu rajin… p gejala sosial balik baru update ni blog… emmmm, harap2 rajin tangan ni nanti… papun, Hv a niceeee dayyy all…. Coretan Friends ni pun sa copy ciket2 dari my lil sis, hope u all enjoy, sambil baca sambil dengar mujik… weeeeeeeeeeee

♥ Biskut Tart NeNas


Menjelang Hari Raya ni, Tangan memang penat membuat Biskut Raya… Tart Nenas ni adalah kegemaran kami terutama My Bro-in-Law… Fuhhhh, dibagi satu tin besar pun sekijap ja abis 2 ole dia… haha.. Tapi kalau dia yg buat Kek Pisang.. habis sedulang saya makan.. hehe…


 Actually saya membuat Biskut Raya ni tidak menggunakan sukatan seperti timbangan or apa2 la untuk sukatan… kerana saya lebih selesa main letak2 je coz tiap taun pun sama juga… biar enda ada rupa janji rasa Biskut 2 meletup… haha


Ok la, Harap dapat mencuba resepi saya yg da diubah suai ni… Selamat Mencuba…



BAHAN-BAHAN
  • 500 gm Butter Cup
  • Sedikit Minyak Sapi / Susu Tepung (klu teda pun x pe)
  • Sedikit Pewarna Kuning
  • 50-100 gm Gula Halus
  • 2 sudu teh Esen Vanila
  • 100 gm ( 1 cawan ) Tepung kastad
  • 200 gm ( 2 cawan ) Tepung Jagung
  • 650 gm ( 6 cawan ) Tepung gandum
  • 2 Biji Kuning Telur
  • 3 Biji Kuning Telur (pukul + sedikit Pewarna Kuning utk disapu diatas Biskut)
  • Jem Nenas (untuk inti)

 

CARA MEMBUAT

 

1)   Pukul Butter dengan Gula sehingga kembang kemudian masukan Kuning Telur, Minyak Sapi/Susu Tepung, Pewarna Kuning dan Esen Vanila dan pukul lagi sehingga sebati.   

2)   Masukan Tepung Jagung, Kastad & Tepung Gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau Adunan tu Keras Boleh tambah sedikit lagi butter dan kalau Terlalu Lembut boleh ditambah dengan sedikit Tepung Gandum. 

3)   Sediakan papan pencanai, terap adunan dengan menggunakan acuan tat gulug. Bahagian bunganya hendaklah berada di bahagian bawah. 

4)   Tekan memanjang. Potong mengikut panjang yang di kehendaki. Isi sedikit inti kemudian gulung. 

5)   Dah siap semua, sapu kuning telur di atasnya dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. LoL 



Mc Tips ~

♥♥♥ Tepung Gandum lebih baik jika dipanaskan terlebih dahulu dan diayak.
♥♥♥ Minyak Sapi lebih baik jika dipanaskan kemudian disejukkan sebelum digunakan.
♥♥♥ Jem Nenas Terbaik adalah yg mempunyai sedikit serabut (Home Made).